MENGINSPIRASIKAN PERUBAHAN BERSAMA FROG VLE

SEPANG, 27 SEPTEMBER 2012 – Antara aduan yang selalu didengar berkaitan pelajar ialah masalah kurang perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Malah semakin ramai pelajar yang hilang minat semasa di sekolah.

Untuk mengatasi masalah ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan satu platform pengajaran dan pembelajaran secara maya yang dikenali sebagai FROG VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT atau singkatannya FROG VLE.

APA ITU FROG VLE ?

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Projek 1BestariNet menyediakan sambungan 4G tanpa wayar dan Frog VLE kepada semua. Ia merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dilakukan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan “cloud”. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai embelajaran dunia sebenardengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Manakala ibu bapa juga boleh memantau perkembangan pembelajaran anak mereka melalui pembelajaran maya ini.  Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud.

Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

” Lompatlah Ke Dunia Baru Bersama Frog VLE “

Klik SINI untuk ke video FROGASIA by Yes

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s