Visi, Misi, Falsafah, Piagam SMK BBST

VISI SMK BBST

“SMK BBST Terus Cemerlang dan Terbilang “

MISI SMK BBST

Berazam untuk:

  • Melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum melalui pendekatan yang berkesan dan inovatif
  • Melahirkan pelajar yang berilmu, beriman dan memiliki sahsiah cemerlang melalui pelbagai program yang efektif
  • Memupuk budaya kerja yang berintegriti dan berusaha mengadakan permuafakatan

FALSAFAH DAN WAWASAN SMK BBST

Falsafah Sekolah

Proses pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi merupakan satu usaha yang berterusan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Negara untuk membentuk pelajar bersahsiah terbilang, cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Wawasan Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi mempunyai wawasan ke arah:

  • Mewujudkan sekolah unggul, cemerlang, gemilang di peringkat daerah, negeri dan negara
  • Melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang dari segi pendidikan, sahsiah, fizikal dan rohani serta patuh kepada ajaran agama
  • Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah keharmonian, kemajuan, dan kemakmuran negara

 

PIAGAM PELANGGAN SMK BBST

Kami warga SMK Bandar Baru Salak Tinggi dengan penuh azam dan iltizam berikrar dan berjanji akan melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Kami berikrar akan:

  • Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
  • Melahirkan generasi yang berketrampilan, beriman, beramal dan bersahsiah mulia
  • Mencetus dan merealisasikan masyarakat penyayang agar warga sekolah berasa bangga terhadap sekolah dan saling menghormati antara warga sekolah serta seluruh komuniti pendidik
  • Bersedia bekerjasama menerima teguran dan cadangan bagi mencapai kecemerlangan dalam segala aspek
  • Sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibu bapa, ahli masyarakat, dan sedia berbincang serta bekerjasama untuk kebaikan sekolah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s