PERKHEMAHAN PERDANA- SESI MENDIRIKAN KHEMAH

Peserta perkhemahan perdana telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti. Aktiviti pertama ialah pemasangan khemah. Aktiviti ini akan melihat kemahiran ahli mendirikan khemah. Aktiviti ini juga akan menilai kerjasama dalam satu pasukan. Setiap kumpulan telah dipantau oleh urusetia.

DSC_0385

DSC_0387

DSC_0392

DSC_0397

DSC_0420

DSC_0423

IMG_0158

IMG_0163

IMG_0172

IMG_0177

IMG_0180

IMG_0188

 

LAWATAN PENANDA ARAS VLE

Pada 19 Februari 2014, SMK BBST telah menerima kunjungan lawatan daripada tiga buah sekolah di Selangor iaitu SMK Engku Husain, SMK Jalan Bukit dan SMA Jeram yang ingin melihat penggunaan dan pembudayaan VLE Frog di SMK BBST.

Seramai 50 orang guru yang terlibat dalam lawatan tersebut. Mereka telah diberikan taklimat oleh Admin VLE SMK BBST berkaitan dengan pelaksanaan VLE di sekolah. Kemudian rombongan telah dibawa untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran VLE dalam kelas.

SMK BBST berharap segala aktiviti VLE yang telah dilaksanakan di sekolah dapat dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah terbabit untuk terus membudayakan VLE di sekolah.

DSC_0026

Ahli rombongan daripada SMK Engku Husain, SMK Jalan Bukit dan SMA JeramDSC_0050

Pembentangan Pelaksanaan dan Pembudayaan VLE di SMK BBST oleh Admin VLE.DSC_0073

PdP subjek Bahasa Melayu yang menggunakan VLEDSC_0079

PdP subjek Seni yang menggunakan VLEDSC_0097 DSC_0104

PdP subjek Kimia yang menggunakan VLEDSC_0108

Salah seorang guru pelawat telah diberi penerangan VLE oleh guru SMK BBST DSC_0171

Barisan Frog Student Champion bersama-sama salah seorang pelawat
DSC_0182

Guru Bahasa Melayu, Pn Hamizah menjawab pelbagai soalan berkaitan VLE yang diajukan oleh para pelawat.

SOLAT JUMAAT PERTAMA DI SURAU SMK BBST

7 FEBRUARI 2014- Solat Jumaat pertama di surau SMK BBST telah diadakan pada 7 Februari 2014. Ini kerana surau SMK BBST telah dinaiktaraf supaya Solat Jumaat boleh dilakukan di SMK BBST. Ini dapat memberi kemudahan kepada para pelajar SMK BBST terutamanya yang tinggal di asrama untuk menunaikan solat Jumaat. Komuniti di sekitar SMK BBST juga dialu-alukan untuk menunaikan solat Jumaat di SMK BBST.

IMG_0577

IMG_0579

IMG_0580

IMG_0597

IMG_0598

IMG_0600

IMG_0602

IMG_0605

IMG_0606

IMG_0609

IMG_0612

IMG_0626

IMG_0631

WATIKAH PELANTIKAN 1BESTARINET VLE TEACHER CHAMPION DAN STUDENT CHAMPION BAGI TAHUN 2014

27 JANUARI 2014- Pada hari ini telah diadakan majlis Pelantikan 1Bestarinet VLE Teacher Champion dan Student Champion bagi sesi pagi. Seramai 13 orang guru sesi yang telah dilantik sebagai 1Bestarinet VLE Teacher Champion dan 10 orang pelajar sesi pagi yang dilantik sebagai 1BestariNet VLE Student Champion.

Guru-guru dan para pelajar yang dilantik ini akan membantu semua guru dan semua pelajar dalam melaksanakan dan membudayakan penggunaaan VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih cemerlang.

frog edited

MAKLUMAN KELAS ICTL TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2 BAGI TAHUN 2014

Kepada

Ibu bapa / Penjaga

Pelajar Tingkatan 1 dan 2

SMK Bandar Baru Salak Tinggi

MAKLUMAN KELAS INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY LITERACY (ICTL) BAGI TINGKATAN 1 DAN 2

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa kelas ICTL bagi tingkatan 1 dan 2 akan bermula pada   27 JANUARI 2014 mengikut jadual yang ditetapkan seperti di bawah.

ictl t1

ictl t2

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diharap dapat menyediakan pengangkutan yang sesuai untuk anak  tuan/puan bagi mengikuti kelas ICTL seperti jadual tersebut.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tn Hj Muskamal bin Mohamad Jonan

Pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi

WORD MANIA CHALLENGE 2014

Kepada semua pelajar VLE Frog SMK BBST yang mempunyai akaun VLE, anda berkelayakan untuk menyertai pertandingan WORD MANIA CHALLENGE 2014 yang sedang berlangsung sekarang untuk Pusingan 1. Berikut adalah tarikh pertandingan:

Pusingan 1 – 13 Januari 2014 sehingga 26 Januari 2014

Pusingan 2 – 27 Januari 2014 sehingga 9 Februari 2014

Pusingan 3 – 10 Februari 2014- 23 Februari 2014

Pemenang utama (Grand Finalist) akan diumumkan antara 26-27 Februari 2014.

APAKAH ITU WORD MANIA?

Pertandingan membina perkataan dalam Bahasa Inggeris. Tema bagi tahun ini ialah “To The Moon and Back”.

SIAPAKAH YANG BOLEH MENYERTAI ?

Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengaktifkan 1Bestarinet Yes ID (ID Frog) mereka.

APAKAH YANG MENANTI PEMENANG ?

Picture4

 

Picture5

 

BAGAIMANA MENGAKTIFKAN 1BESTARINET YES ID (ID FROG) ANDA ?

1. Taipkan URL https://www.yes.my

2. Klik pada tab 1Bestarinet

3. Klik pada Activate My ID (bulatan warna hijau)

Picture2

 

4. Masukkan 1Bestarinet Yes ID dan Password anda.

5. Klik Verify

6. Anda akan mendapat satu notis mengatakan bahawa ID anda telah aktif (activated)

Picture3

 

BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN PERMAINAN WORD MANIA ?

1. Taipkan http://www.wordmania.com.my

2. Klik Log In

3. Masukkan Yes ID dan Password Frog anda

4. Pilih Nama anda

5. Pilih ikon angkasa lepas anda

6. Klik Play

7. Binalah seberapa banyak perkataan dalam masa 3 minit. Anda boleh bermain berulang kali.

8. Pelajar yang paling banyak membina perkataan dan mendapat markah tertinggi akan tersenarai dalam Student Leaderboard (Top 50)

9. Sekolah yang paling banyak mendapat markah akan tersenarai dalam School Leaderboard (Top 50)

Picture1

 

SELAMAT MENCUBA

TARIKH PENDAFTARAN KOKURIKULUM SECARA ONLINE MELALUI PLATFORM VLE

Berikut adalah tarikh pendaftaran kokurikulum secara online melalui platform VLE Frog SMK BBST.

Pendaftaran Kokurikulum Pelajar Pendidikan Khas, Pra Universiti dan Sesi Pagi akan bermula pada 10 JANUARI 2014 sehingga 15 JANUARI 2014.

Pendaftaran Kokurikulum Pelajar Tingkatan 2 bermula pada 13 JANUARI 2014.

Pendaftaran Kokurikulum Pelajar Tingkatan 1 bermula pada 21 JANUARI 2014.

Sehubungan dengan itu, para pelajar dikehendaki mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan boleh melakukan pendaftaran di rumah atau di mana sahaja dengan adanya talian internet.

Para pelajar yang menghadapi masalah semasa proses pendaftaran boleh berjumpa dengan Admin VLE sekolah untuk urusan pendaftaran.

Sila klik panduan pendaftaran di bawah :

tag pagi

tag petang