PELAJAR BERKEHADIRAN PENUH 2014

14 JANUARI 2015

Pihak sekolah telah memberikan pengiktirafan kepada sebilangan pelajar SMK BBST yang telah hadir penuh ke sekolah sepanjang sesi persekolahan tahun 2014 yang lalu. Pelajar-pelajar terpilih tersebut telah diberikan sijil penghargaan daripada pihak sekolah. Penghargaan ini juga diteruskan bagi tahun 2015.Semoga penghargaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar SMK BBST untuk hadir penuh ke sekolah sepanjang tahun 2015.

datang7 datang6 datang5 datang4 datang3 datang2 datang1

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2015

12 Januari 2015 merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2015. Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada 5 Januari 2015 telah ditangguhkan seminggu disebabkan masalah banjir besar yang berlaku di beberapa buah negeri di pantai timur.

Warga guru SMK BBST telah bersepakat untuk memakai pakaian bertemakan ungu semasa hari pertama persekolahan. Semua murid yang hadir berpakaian kemas dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan.

Semua guru dan pelajar berhimpun di Dataran Pengetua seawal jam 7.20 pagi. Sesi perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan nyanyian tiga buah lagu utama iaitu lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah. Kemudian diteruskan lagi dengan ikrar sekolah dan ikrar pengguna jalan raya.

Seterusnya puan Pengetua telah memberikan taklimat dan ucapan kepada semua warga SMK BBST. Pihak sekolah mengucapkan selamat memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan baik dan penuh berdisiplin sepanjang tahun 2015.

IMG_0079

IMG_0078

IMG_0076

IMG_0072

IMG_0070 IMG_0056

IMG_0054

JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN BULAN RAMADHAN

JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN BULAN RAMADHAN 2014 BAGI SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI

SESI PAGI

JADUAL RAMADHAN PAGI Nota: Waktu balik bagi pelajar tingkatan 6 adalah mengikut jadual seperti biasa

SESI PETANG

jadual petang puasa terkini

NOTA

1. ( R)- Waktu rehat (Waktu solat Tingkatan 1 dan 2 bagi pelajar muslim)

2. Perhimpunan awal sekolah akan bermula pada 12.30 tengahari setiap hari Isnin hingga Khamis

3. Pelajar bukan Islam dikehendaki berada di kantin semasa waktu rehat

 

 

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM DAN PELANCARAN PROGRAM ICU

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum telah diadakan pada 10 Mei 2014 bertempat di Dewan Sanggar Wacana SMK BBST. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, En Mutalib bin Tomran.

Objektif diadakan majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2013, PMR, SPM dan STPM.

Serentak itu juga, satu program ICU telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang. Program ICU ini merupakan program yang menerapkan nilai-nilai murni dalam diri warga SMK BBST yang boleh mendorong warga SMK BBST untuk lebih bersikap positif dan seterusnya mencapai kejayaan. Logo dan nyanyian tema ICU juga telah dipertonton dan diperdengarkan kepada para hadirin. ICU bermaksud “Saya Jumpa Awak”, “Saya Cakna Awak”, “Saya Sayang Awak” .

Warga SMK BBST boleh melayari platform 1Bestarinet VLE Frog masing-masing untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan program ICU ini.

DSC_0107

Untitled9

Untitled10

DSC_0227

DSC_0408

DSC_0481 (1)

PERKHEMAHAN PERDANA- IKHTIAR HIDUP

Antara aktiviti yang menarik sepanjang perkhemahan perdana ini adalah aktiviti Ikhtiar Hidup. Setiap kumpulan diberikan dengan beberapa jenis barangan untuk dimasak dengan cara masakan rimba. Setiap kumpulan perlu menghasilkan satu masakan menggunakan barangan yang telah diberikan. Hakim akan menilai setiap hidangan yang disediakan.

DSC_0557

DSC_0568

DSC_0597

DSC_0600

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????