1BESTARINET

1bestarinet logo3

1Bestarinet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10000 sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.

Visi 1Bestarinet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia nergara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.

1BN_IntSol_Diag1_BM

1BN_About_Diag1_BM

1BN_IntSol_Diag2_BM (1)

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Transforming

Setiap murid perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi yang mencorak dunia masa kini berfokus kepada kaedah pendidikan berasaskan Internt di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

KAEDAH PENDIDIKAN BERSEPADU

IntegratedLearning

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications menyediakan Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi beserta Frog Virtual Learning Environment yang efektif  ke semua sekolah di seluruh Malaysia.

10 000 BUAH SEKOLAH

AllTenThousand

Kaedah bersepadu ini akan diaplikasikan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

GENERASI MASA DEPAN

Equipping

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan modal insan serta meningkatkan penggunaan Internet di kalangan masyarakat. 1Bestarinet memperluaskan teknologi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya bagi menghadapi dunia masa kini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s