PENTAKSIRAN TERBARU STPM
- STPM baharu adalah peperiksaan yang akan menggantikan peperiksaan STPM terminal sedia ada.
- STPM baharu bakal dilaksanakan berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) yang telah diadakan pada 4 Januari 2012.
BAGAIMANA STPM BAHARU DILAKSANAKAN
- Tempah pengajian Pra-U adalah selama 3 penggal dengan kalendar persekolahan adalah mengikut kalendar persekolahan biasa
- Pelajar-pelajar STPM baharu menggunakan sistem modular akan mengambil peperiksaan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan diperolehi pada setiap penggal
- Kohort pertama yang terdiri daripada pelajar tingkatan Pra-U Bawah akan mengambil peperiksaan STPM baharu pada November 2012.
- Pelajar akan ditaksir berdasarkan kepada dua kaedah penilaian iaitu : Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran (20%-40%) dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran (60%-80%)
KELEBIHAN PEMBELAJARAN DI PRA-U -SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM (MODULAR)
- Pembelajaran dijalankan dalam 3 penggal:
-Penggal 1 – 6 Rendah
-Penggal 2 – 6 Atas
-Penggal 3- 6 Atas
- Sukatan Pelajaran
– Bagi setiap penggal adalah berbeza dan berakhir dengan peperiksaan (seperti di universiti)
- Pelaksanaan Pentaksiran Baharu STPM
– Setiap penggal akan dijalankan peperiksaan akhir seperti di universiti. Keputusan peperiksaan bagi setiap penggal akan dikeluarkan apabila pengumuman keputusan dilakukan dalam bentuk Keputusan STPM
-Sijil STPM akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang-kurangnya LULUS bahagian dalam satu mata pelajaran.
- Pentaksiran Berasakan Sekolah
– PBS merupakan komponen yang wajib bagi setiap calon. Calon akan GAGAL dalam mata pelajaran tersebut sekiranya tidak menjalankan PBS. PBS terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus iaitu
- Kerja Projek
- Kajian Luar
- Kerja Amali
– Peratusan wajaran yang ditawarkan dalam PBS adalah berbeza mengikut mata pelajaran iaitu antara 20% hingga 40%
- Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan
– Calon dibenarkan mengulang peperiksaan bertulis Penggal 1 dan Penggal 2 bagi tujuan memperbaiki keputusan pada hujung Penggal 3 sahaja.
– Tiada ulangan untuk PBS
– Tiada pra-syarat kelulusan minima dlm sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal berikutnya.
PAKEJ SUBJEK PRA-UNIVERSITI SMK BBST
- SUBJEK WAJIB
– Pengajian Am
– MUET
- PRA-UNIVERSITI SAINS
-Matematik T
– Kimia
– Fizik
- PRA-UNIVERSITI KEMANUSIAAN
– Bahasa Melayu
-Sejarah
– Pengajian Perniagaan
KOKURIKULUM PRA-UNIVERSITI
- Unit beruniform- Kadet Pertahanan Awam
- Persatuan Pra-Universiti
- Kelab Sukan dan Rekreasi [KESUREA]
Advertisements
Bila senarai nama pelajar yg layak masuk form 6 sesi 2012 utk bdk2 lepasan SPM 2011 nak keluar??
Senarai nama akan kami dapatkan daripada Guru Kanan Tingkatan 6
law jurusan kemanusiaan.antre pengajian perniagaan n ekonomi..mne yg ok..coz sye xde asas dlm kedua-dua subjek nie..ckgu