Lensa 2012: Kejohanan Merentas Desa (Jogathon Ria) 2012

Pada 1 April 2012 telah diadakan Kejohanan Merentas Desa (Jogathon Ria) 2012. Kejohanan dimulakan pada jam 7.30 pagi di mana semua pelajar dikehendaki berkumpul di padang sekolah untuk diambil kedatangan. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sepang, En Mutalib bin Tomran. Kejohanan ini juga merangkumi program Jogathon Ria yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah di mana dana yang terkumpul melalui program ini akan digunakan untuk menaik taraf fizikal sekolah.

Acara dimulakan dengan sesi memanaskan badan yang diketuai oleh Ikon Kriket.

Kemudian acara dimeriahkan dengan persembahan nyanyian semangat daripada Naib Juara Idola Kecil, saudari Irish.

Acara diteruskan lagi Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah dengan pembacaan perutusan oleh Pengetua SMK BBST dan seterusnya perasmian kejohanan oleh wakil pegawai PPD Sepang.

Bacaan perutusan Pengarah Pelajaran Selangor oleh Pengetua

Ucapan Perasmian oleh Penolong Pegawai Daerah Sepang

Semua guru dan pelajar kemudiannya mengangkat tangan untuk Pembacaan ikrar Pendidikan Pencegahan Dadah.

Kejohanan bermula pada jam 9.00 pagi dengan dimulakan larian oleh Kategori Kelas Lelaki 1 dan 2. Diikuti pula dengan Perempuan 1 dan 2.

Sedia…mula….lari…

Pelbagai aksi dapat dilihat sepanjang kejohanan ini berlangsung. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya.

“Alahai, tercabut pula lah kasut ni….”

“Ishh..tak boleh jadi ni..dah dekat dia nie..”

“Jauh lagi ke…..penat nyee..”

“Haaa simpan kad check point ni baik-baik..”

” Sabar..sabar…”

Siapa ambil gambar siapa sebenarnya ni..?????

“Huih jauh lagi ke trek ni..penat dah nie…tak larat nak berlari dah nie..”

Masing-masing kepenatan…..

One thought on “Lensa 2012: Kejohanan Merentas Desa (Jogathon Ria) 2012

  1. Tahniah kepada semua warga SMKBBST yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan JOGATHON RIA 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s