BANGI, 12 MEI 2012 – Satu Seminar Kajian Tindakan Peringkat Daerah Sepang telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Batrics Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bandar Baru Bangi. Seminar ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sepang sempena Sambutan Hari Guru 2012 dengan tema “MEMBUDAYAKAN KAJIAN TINDAKAN TRANSFORMASI PENGAJARAN”
Seminar yang pertama kali diadakan ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, Pengetua sekolah menengah, Guru Besar sekolah rendah dan Ketua-ketua panitia sekolah-sekolah daerah Sepang dan telah dirasmikan oleh Ketua Sektor, Sektor Jaminan dan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.
Rasional diadakan seminar ini agar dapat mengenengahkan inovasi dan kejayaan dalam pelbagai aspek pengajaran yang membawa perubahan proses pengajaran dan keberkesanannya diperakui. Di samping itu, seminar ini juga akan menjadi satu platform yang aktif untuk berkongsi dapatan kajian dan berkongsi bahan pengajaran yang berjaya meningkatkan pembelajaran kepada rakan profesional yang lain.
Antara objektif seminar ialah dapat meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran melalui kajian yang dijalankan oleh para pendidik dalam bidang pendidikan. Selain itu dapat menyediakan ruang dan peluang kepada para pendidik membentang dan berkongsi idea tentang pelbagai transformasi dan inovasi dalam proses pengajaran.
Seramai lapan orang pembentang yang telah membentangkan kajian tindakan pada hari ini yang terdiri daripada guru-guru pelbagai subjek dari sekolah-sekolah daerah Sepang.
Pembentang 1 :
Pn Juriah binti Ibrahim
Guru Cemerlang Matematik, SM Vokasional Sepang
Tajuk Kajian :“EZ Orienteering” : Kaedah Mudah Mengira Hasil Darab Dua Matriks
Pembentang 2:
En Abdullah Mohsin bin Ahmad Nasarudin
Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, SK KLIA
Tajuk Kajian: “Sarjan Power” : Peningkatan Penghayatan Nilai Murni Bagi Murid Kelas Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan KLIA.
Pembentang 3:
Pn Safinar Azura binti Salleh @ Salim
Guru Bahasa Melayu, SK Cyberjaya
Tajuk Kajian: “Spot-Check” : Kaedah Membetulkan Tanda Baca Menggunakan Teknik Cari dan Bulat
Pembentang 4:
Pn Marziean bt Mohd Shapian
Guru ICT, SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Tajuk Kajian: “V-ICT CLASS” : Keberkesanan Penggunaan Internet Classroom Assistant (ICA) Dalam Proses Penghantaran Tugasan Oleh Murid Bagi Mata Pelajaran Information and Communication Technology (ICT)
Pembentang 5:
Pn Mazliana binti Othman
Guru Perdagangan, SMK Cyberjaya
Tajuk Kajian: ” Perdaganganku Sayang, Hey !!! ” : Meningkatkan Penguasaaan Murid Dalam Bab 1 Asas Perdagangan
Pembentang 6:
En Syed Kamal Azira bin Syed Mohamed Zain
Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, SK Sungai Merab Luar
Tajuk Kajian: “Gelung Rotanku Bulat”: Mengatasi Masalah Berpegangan Tangan Semasa Aktiviti PJPK dalam Kalangan Murid-murid Tahun 1
Pembentang 7:
En Husaini bin Kasran
Guru Bahasa Arab, Sekolah Seri Puteri
Tajuk Kajian:” Ma’al Asobi” : Menghafaz dan Mengaplikasikan Tasrif Kata Kerja Serta Al-Dhomai’r (Kata Ganti Nama) Secara Tepat
Pembentang 8:
Pn Zurina binti Mohd Yusof
Guru Matematik, SK Kota Warisan
Tajuk Kajian: ” KaMi” : Satu Kaedah Membina Sifir dengan Cepat dan Mudah