SAMBUTAN HARI GURU 2012

SEPANG, 15 MEI 2012 – Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ( Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee ) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Antara objektif Hari Guru adalah

  • Menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh warga pendidik kepada masyarakat dan negara
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah dalam kalangan guru
  • Meninggikan martabat dan profesion guru dalam kalangan masyarakat

Justeru itu, warga SMK Bandar Baru Salak Tinggi juga akan meraikan semua guru sempena Sambutan Hari Guru 2012 yang akan diadakan pada esok hari,  16 Me1 2012. 

Tentatif Program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

Masa

Atur cara Program

7.40 pagi Perarakan para guru dari pintu pagar ke Dataran Pengetua dengan iringan kompang
7.50 pagi Bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah
8.00 pagi Pembacaan Perutusan Hari Guru
8.15 pagi Ucapan Ketua Murid,YDP PIBG dan Pengetua

Penyerahan kad ucapan oleh Ketua Murid kepada Pengetua

8.35 pagi Bacaan doa khas untuk guru

Bacaan ikrar oleh semua guru SMK BBST

Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia

8.40 pagi Pemotongan kek Hari Guru
8.50 pagi Sukaneka
10.00 pagi Rehat
10.30 pagi Persembahan
12.00 tengah hari Pelajar bersurai
12.10 tengah hari Jamuan Guru

Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua warga guru SMK Bandar Baru Salak Tinggi.

Jasamu dikenang selalu wahai guru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s