MEMORI HARI GURU 2012 – Bahagian 1

SEPANG, 16 MEI 2012 – Semua sekolah di Malaysia menyambut perayaan Hari Guru pada hari ini. Tidak ketinggalan juga dengan SMK BBST. Majlis telah dimulakan seawal 7.30 pagi. Warna “Merah” telah dipilih sebagai warna tema pada tahun ini yang melambangkan keberanian. Keberanian seorang guru dalam mengharungi cabaran dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar ini.

Kemeriahan sudah dirasai apabila semua guru diarak dari pintu pagar sekolah hingga ke Dataran Pengetua dengan diiringi paluan kompang. Sepanjang diarak, para guru dapat melihat hasil kreativiti kad ucapan Hari Guru yang telah dihasilkan oleh murid-murid SMK BBST.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, dan Negeri Selangor. Bacaan perutusan Hari Guru telah disampaikan oleh Pengetua dan PK Akademik.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru oleh guru-guru SMK BBST yang diketuai oleh Pn Evawanialisza. Ketua Murid telah memberikan ucapan sempena hari guru yang mewakili semua murid-murid SMK BBST. Kad Ucapan Hari Guru telah diberikan kepada Pengetua. Acara diteruskan lagi dengan Pemotongan Kek hari guru oleh para pentadbir.

Semua guru kemudiannya bersama-sama memeriahkan acara sukaneka. Seterusnya telah diadakan persembahan di dewan tertutup yang melibatkan guru dan pelajar. Pentomin yang dilakonkan oleh para guru telah menggamatkan suasana.

Sebagai penutup, penyampaian hadiah telah diberikan kepada pemenang dan semua guru menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s