SISTEM SMS BLASTER

SEPANG, 12 OGOS 2012Berdasarkan maklum balas daripada pihak ibu bapa dan penjaga, beberapa program yang dijalankan di sekolah dan beberapa makluman yang perlu diketahui, tidak sampai ke pengetahuan mereka kerana sebab-sebab tertentu. Justeru itu, pihak sekolah dengan kerjasama pihak PIBG telah bercadang untuk meningkatkan kemudahan sistem penyampaian maklumat kepada ibu bapa dan penjaga melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menggunakan perisian SMS Blaster.

Antara makluman yang ingin disampaikan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa dan penjaga termasuklah tarikh, aktiviti, atau program seperti berikut:

Cuti:

Cuti penggal, cuti khas, cuti peristiwa, cuti ganti dan sebagainya

Tarikh Ujian dan Peperiksaan:

Ujian bulanan, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan STPM

Majlis dan Program:

Hari Permuafakatan, Menyuarat pibg, Hari Kecemerlangan, Hari Graduasi, Hari Dialog, Program-program kecemerlangan, Majlis Restu dan lain-lain.

Sistem ini telah mula digunakan sejak bulan Julai 2012 dan kebanyakan pihak ibu bapa dan penjaga telah mendapat pesanan daripada pihak melalui telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s