3 Mei 2013– Satu lawatan pemantauan telah diadakan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru dan Jabatan Pelajaran Selangor untuk melihat pengintegrasian program i-Think dalam VLE Frog. Seramai 5 orang pegawai BPG dan 3 orang pegawai JPNS yang terlibat dalam proses pemantauan tersebut. Pihak BPG dan JPN mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengintegrasikan program i-Think dan PBS dalam platform VLE Frog. Semoga pembudayaan ini akan berterusan.
Tuan Pengetua memberikan kata-kata aluan kepada pihak BPG dan JPN
Sesi penggambaran video pengajaran dan pembelajaran menggunakan VLE Frog
Melihat pelaksanaan program i-Think di unit PPKI
Sesi pembentangan laporan pelaksanaan VLE Frog oleh Tuan Pengetua
Sesi penggambaran bersama pelawat
Lead User (Admin Frog) dan Pemandu i-Think bergambar bersama pegawai dari JPNS