LAWATAN DELEGASI ABU DHABI EDUCATION COUNCIL (ADEC)

IMG_2422

Sepang, 17 Jun 2013– SMK BBST berasa sungguh bertuah kerana telah dipilih oleh pihak PMO (Inisiatif ICT) Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadi pusat lawatan Delegasi Abu Dhabi Education Council (ADEC) sebagai salah sebuah sekolah yang melaksanakan amalan terbaik 1Bestarinet VLE kepada semua warga sekolah.

Empat orang delegasi ADEC terdiri daripada Mr Salem Al-Sayari ( Executive Director 1 Support Services Sector), Mr Mohamed Younes (Division Manager, School Planning-School Operations),Mr Nigel Crawford (Senior Specialist, E-Learning) dan Mr Kerry Bailey (Special Adviser, E-Learning).

Program ini juga mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Pelajaran Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, Pihak YTLC, PIBG SMK BBST dan juga SASBADI.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat proses pelaksanaan 1Bestarinet VLE yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Slot pertama dimulakan dengan pembentangan oleh En Shafie bin Mohamed Haniphah, Sekretariat PMO (Inisiatif ICT) Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan projek 1BestariNet.

Slot kedua adalah pembentangan oleh Tn Hj Muskamal bin Mohamad Jonan, Pengetua SMK BBST berkaitan dengan Amalan Terbaik Pelaksanaaan 1BestariNet VLE dari Perspektif Pentadbir.

Slot ketiga adalah pembentangan oleh Pn Marziean bt Mohd Shapian, Guru Penyelaras Bestari dan juga Admin VLE berkaitan dengan Amalan Terbaik Pelaksanaan VLE dari Perspektif Guru.

Kemudian telah berlangsung sesi dialog antara ADEC, PMO dan juga pihak sekolah.

Seterusnya pihak ADEC telah dibawa untuk melihat demonstrasi penggunaan 1BestarinET VLE yang dijalankan di tiga buah makmal komputer. Antara mata pelajaran yang terlibat dengan demonstrasi ini adalah Muzik, Bahasa Jepun dan Pendidikan Khas.

Hasil daripada lawatan, pihak ADEC sangat kagum dengan inisiatif yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dalam melaksanakan dan membudayakan penggunaan VLE di kalangan warga sekolah dan ibu bapa.

Image

IMG_2144

IMG_2145

Para delegasi ADEC

IMG_2178

Pembentangan tentang projek 1BestariNet oleh En Shafie Mohamed Haniphah

IMG_2187

Suasana semasa pembentangan

IMG_2211

Pembentangan oleh Pengetua

IMG_2225

Pembentangan oleh Admin VLE

IMG_2291

IMG_2303

IMG_2312

IMG_2338

IMG_2273

Lawatan delegasi ke kelas-kelas untuk melihat demonstrasi penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran

IMG_2370

Perbincangan bersama pihak YTLC

IMG_2381

IMG_2383

Pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan pelajar Pendidikan Khas

IMG_2393

Wakil daripada PMO

IMG_2398

IMG_2408

IMG_2411

IMG_2413

Sesi pemberian cenderamata

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s