ISU JEREBU DAN LANGKAH -LANGKAH KESELAMATAN MURID

Sepang, 25 Jun 2013 – Adalah dimaklumkan bahawa persekolahan di SMK Bandar Baru Salak Tinggi Bermula seperti biasa mulai hari ini (25 Jun 2013). KPM dan JPN telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013 mengenai langkah – langkah KPM bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid – murid di Sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu yang dianggap kritikal.

Sehubungan dengan itu, Pihak sekolah diingatkan mengambil langkah – langkah berikut jika fenomena berjerebu melanda kawasan atau daerah dimana sekolah itu berada:

1. Jika IPU(API) melebihi 150, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid – murid berisiko tinggi dengan fenomena tersebut.

2. Jika IPU(API) melebihi 250, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar bilik darjah.

3. Semua sekolah yang berada di dalam kawasan atau daerah yang mempunyai IPU(API) melebihi 300 hendaklah ditutup dengan serta merta.

4. Murid – murid dinasihatkan memakai penutup hidung (nasal mask) dan banyak minum air.

5. Pihak Sekolah hendaklah merujuk murid -murid yang didapati tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran.

6. Ibubapa yang bimbang akan kesihatan anak mereka dibenarkan tidak menghantar anak mereka ke sekolah dan pihak sekolah hendaklah dimaklumkan akan hal ini.

7. Semua jenis peperiksaan termasuk peperiksaan awam hendaklah diteruskan.

8. Pihak Sekolah dan Ibubapa hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing – masing agar mudah mengambil tindakan. Maklumat mengenai status IPU(API) juga boleh didapati atau melayari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.
http://www.doe.gov.my atau apims.doe.gov.my

Sekian sahaja, Harap Maklum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s