PERKHEMAHAN PERDANA 2014- BAHAGIAN 1

SEPANG, 14 APRIL 2014

Perkhemahan Perdana Unit Uniform telah diadakan pada 13-14 April 2014 bertempat di SMK BBST. Setiap unit uniform telah menghantar 40 orang perserta untuk menyertai perkhemahan ini.

PENDAHULUAN

Perkhemahan Badan Beruniform adalah aktiviti tahunan yang dirancang oleh Unit Kokurikulum. Unit Kokurikulum berhasrat agar perkhemahan ini dapat membentuk generasi yang cintakan negara, harmoni, mampu berdikari dan mengharungi kehidupan masa depan yang penuh cabaran dari segi sosial dan budaya di samping menanam disiplin yang tinggi di dalam diri murid melalui aktiviti yang dirancang.

Adalah diharapkan perkhemahan ini dapat memberi ruang untuk murid mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berbagai cara dan strategi dirancang oleh unit kokurikulum supaya perkembangan potensi individu dapat disesuaikan dengan minat dan bakat murid itu sendiri.

RASIONAL

Aktiviti yang dijalankan adalah sebahagian alternatif kepada pelajar-pelajar serta guru-guru SMK BBST mengembangkan lagi kemahiran dan potensi diri di samping dapat meningkatkan daya tumpuan, kecekapan, pengamatan dan pengalaman masing-masing melalui ruang cabaran sama ada dari segi fizikal, mental dan emosi.

MATLAMAT

Melahirkan pelajar-pelajar SMK BBST yang berkemahiran, berakhlak, berilmu, sihat fizikal dan mental, mempunyai daya tahan yang tinggi dan dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk kemaslahatan diri, keluarga dan negara.

OBJEKTIF

  • Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
  • Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
  • Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan dalam kalangan murid mengenai isu-isu semasa serta mewujudkan integrasi nasional.
  • Menyediakan peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s