MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM DAN PELANCARAN PROGRAM ICU

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum telah diadakan pada 10 Mei 2014 bertempat di Dewan Sanggar Wacana SMK BBST. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, En Mutalib bin Tomran.

Objektif diadakan majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2013, PMR, SPM dan STPM.

Serentak itu juga, satu program ICU telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang. Program ICU ini merupakan program yang menerapkan nilai-nilai murni dalam diri warga SMK BBST yang boleh mendorong warga SMK BBST untuk lebih bersikap positif dan seterusnya mencapai kejayaan. Logo dan nyanyian tema ICU juga telah dipertonton dan diperdengarkan kepada para hadirin. ICU bermaksud “Saya Jumpa Awak”, “Saya Cakna Awak”, “Saya Sayang Awak” .

Warga SMK BBST boleh melayari platform 1Bestarinet VLE Frog masing-masing untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan program ICU ini.

DSC_0107

Untitled9

Untitled10

DSC_0227

DSC_0408

DSC_0481 (1)

PERKHEMAHAN PERDANA- IKHTIAR HIDUP

Antara aktiviti yang menarik sepanjang perkhemahan perdana ini adalah aktiviti Ikhtiar Hidup. Setiap kumpulan diberikan dengan beberapa jenis barangan untuk dimasak dengan cara masakan rimba. Setiap kumpulan perlu menghasilkan satu masakan menggunakan barangan yang telah diberikan. Hakim akan menilai setiap hidangan yang disediakan.

DSC_0557

DSC_0568

DSC_0597

DSC_0600

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

???????????????????????????????

LAWATAN PENANDA ARAS VLE

Pada 19 Februari 2014, SMK BBST telah menerima kunjungan lawatan daripada tiga buah sekolah di Selangor iaitu SMK Engku Husain, SMK Jalan Bukit dan SMA Jeram yang ingin melihat penggunaan dan pembudayaan VLE Frog di SMK BBST.

Seramai 50 orang guru yang terlibat dalam lawatan tersebut. Mereka telah diberikan taklimat oleh Admin VLE SMK BBST berkaitan dengan pelaksanaan VLE di sekolah. Kemudian rombongan telah dibawa untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran VLE dalam kelas.

SMK BBST berharap segala aktiviti VLE yang telah dilaksanakan di sekolah dapat dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah terbabit untuk terus membudayakan VLE di sekolah.

DSC_0026

Ahli rombongan daripada SMK Engku Husain, SMK Jalan Bukit dan SMA JeramDSC_0050

Pembentangan Pelaksanaan dan Pembudayaan VLE di SMK BBST oleh Admin VLE.DSC_0073

PdP subjek Bahasa Melayu yang menggunakan VLEDSC_0079

PdP subjek Seni yang menggunakan VLEDSC_0097 DSC_0104

PdP subjek Kimia yang menggunakan VLEDSC_0108

Salah seorang guru pelawat telah diberi penerangan VLE oleh guru SMK BBST DSC_0171

Barisan Frog Student Champion bersama-sama salah seorang pelawat
DSC_0182

Guru Bahasa Melayu, Pn Hamizah menjawab pelbagai soalan berkaitan VLE yang diajukan oleh para pelawat.

MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM

Majlis Apresiasi Kokurikulum telah diadakan pada 15 Februari 2014 yang lalu. Majlis ini merupakan julung kali diadakan di SMK BBST dan telah dirasmikan oleh En Yusri bin Abdullah, Pesuruhjaya Pengakap Sepang. Objektif majlis ini adalah untuk memberi penganugerahan dari segi pencapaian kokurikulum kepada pelajar SMK BBST yang cemerlang dalam bidang Unit Uniform, Kelab dan juga permainan.

Mohd Faizal Mat Ali dan Syafiqqah Mazleen binti Maznuzeen telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati  di atas pencapaian mereka yang sangat cemerlang dalam kokurikulum.

DSC_0047

Unit Uniform yang mengambil bahagian dalam perbarisan kehormat

DSC_0046

Unit Uniform yang mengambil bahagian dalam perbarisan kehormat.

DSC_0160

Ketua platun melaporkan untuk meneruskan acara

IMG_0725Olahragawan dan Olahragawati

 

PERKHEMAHAN PERDANA 2014- BAHAGIAN 1

SEPANG, 14 APRIL 2014

Perkhemahan Perdana Unit Uniform telah diadakan pada 13-14 April 2014 bertempat di SMK BBST. Setiap unit uniform telah menghantar 40 orang perserta untuk menyertai perkhemahan ini.

PENDAHULUAN

Perkhemahan Badan Beruniform adalah aktiviti tahunan yang dirancang oleh Unit Kokurikulum. Unit Kokurikulum berhasrat agar perkhemahan ini dapat membentuk generasi yang cintakan negara, harmoni, mampu berdikari dan mengharungi kehidupan masa depan yang penuh cabaran dari segi sosial dan budaya di samping menanam disiplin yang tinggi di dalam diri murid melalui aktiviti yang dirancang.

Adalah diharapkan perkhemahan ini dapat memberi ruang untuk murid mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berbagai cara dan strategi dirancang oleh unit kokurikulum supaya perkembangan potensi individu dapat disesuaikan dengan minat dan bakat murid itu sendiri.

RASIONAL

Aktiviti yang dijalankan adalah sebahagian alternatif kepada pelajar-pelajar serta guru-guru SMK BBST mengembangkan lagi kemahiran dan potensi diri di samping dapat meningkatkan daya tumpuan, kecekapan, pengamatan dan pengalaman masing-masing melalui ruang cabaran sama ada dari segi fizikal, mental dan emosi.

MATLAMAT

Melahirkan pelajar-pelajar SMK BBST yang berkemahiran, berakhlak, berilmu, sihat fizikal dan mental, mempunyai daya tahan yang tinggi dan dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk kemaslahatan diri, keluarga dan negara.

OBJEKTIF

  • Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
  • Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
  • Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan dalam kalangan murid mengenai isu-isu semasa serta mewujudkan integrasi nasional.
  • Menyediakan peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.