PENGIKTIRAFAN KEPADA SMK BBST SEMPENA SAMBUTAN HARI KUALITI DAERAH SEPANG

IKTIRAF

IKTIRAF2

Advertisements

LAWATAN PENANDA ARAS VLE

Pada 19 Februari 2014, SMK BBST telah menerima kunjungan lawatan daripada tiga buah sekolah di Selangor iaitu SMK Engku Husain, SMK Jalan Bukit dan SMA Jeram yang ingin melihat penggunaan dan pembudayaan VLE Frog di SMK BBST.

Seramai 50 orang guru yang terlibat dalam lawatan tersebut. Mereka telah diberikan taklimat oleh Admin VLE SMK BBST berkaitan dengan pelaksanaan VLE di sekolah. Kemudian rombongan telah dibawa untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran VLE dalam kelas.

SMK BBST berharap segala aktiviti VLE yang telah dilaksanakan di sekolah dapat dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah terbabit untuk terus membudayakan VLE di sekolah.

DSC_0026

Ahli rombongan daripada SMK Engku Husain, SMK Jalan Bukit dan SMA JeramDSC_0050

Pembentangan Pelaksanaan dan Pembudayaan VLE di SMK BBST oleh Admin VLE.DSC_0073

PdP subjek Bahasa Melayu yang menggunakan VLEDSC_0079

PdP subjek Seni yang menggunakan VLEDSC_0097 DSC_0104

PdP subjek Kimia yang menggunakan VLEDSC_0108

Salah seorang guru pelawat telah diberi penerangan VLE oleh guru SMK BBST DSC_0171

Barisan Frog Student Champion bersama-sama salah seorang pelawat
DSC_0182

Guru Bahasa Melayu, Pn Hamizah menjawab pelbagai soalan berkaitan VLE yang diajukan oleh para pelawat.

SOLAT JUMAAT PERTAMA DI SURAU SMK BBST

7 FEBRUARI 2014- Solat Jumaat pertama di surau SMK BBST telah diadakan pada 7 Februari 2014. Ini kerana surau SMK BBST telah dinaiktaraf supaya Solat Jumaat boleh dilakukan di SMK BBST. Ini dapat memberi kemudahan kepada para pelajar SMK BBST terutamanya yang tinggal di asrama untuk menunaikan solat Jumaat. Komuniti di sekitar SMK BBST juga dialu-alukan untuk menunaikan solat Jumaat di SMK BBST.

IMG_0577

IMG_0579

IMG_0580

IMG_0597

IMG_0598

IMG_0600

IMG_0602

IMG_0605

IMG_0606

IMG_0609

IMG_0612

IMG_0626

IMG_0631

WATIKAH PELANTIKAN 1BESTARINET VLE TEACHER CHAMPION DAN STUDENT CHAMPION BAGI TAHUN 2014

27 JANUARI 2014- Pada hari ini telah diadakan majlis Pelantikan 1Bestarinet VLE Teacher Champion dan Student Champion bagi sesi pagi. Seramai 13 orang guru sesi yang telah dilantik sebagai 1Bestarinet VLE Teacher Champion dan 10 orang pelajar sesi pagi yang dilantik sebagai 1BestariNet VLE Student Champion.

Guru-guru dan para pelajar yang dilantik ini akan membantu semua guru dan semua pelajar dalam melaksanakan dan membudayakan penggunaaan VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih cemerlang.

frog edited